Thursday 15 December 2011

SEKOLAH BUKA PADA 3 JANUARI 2012

Sekolah Kebangsaan Bukit Sawa akan dibuka semula pada 3 januari 2012. Kepada semua pengawas sekolah bersedia untuk menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah bagi sessi 2012. Diharap semua pengawas menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan semangat. Kepada semua murid, patuhilah peraturan disiplin sekolah untuk kesejahteraan sekolah kita. sekian . Wassalam

Tuesday 15 November 2011

JAMUAN AKHIR PERSEKOLAHAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PUSAT SUMBER 2011

Selamat menjamu KFC kepada semua pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber tahun 2011 di Kuala Berang dan Sekayu....

Tuesday 11 October 2011

Peraturan SK Bukit Sawa

KESALAHAN BERAT

1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.
2. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.
3. Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.
4. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda
yang memabukkan / mengkhayalkan.
5. Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan.
6. Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan guru/pengawas/murid.
7. Biadab terhadap guru / pengawas / murid.
8. Memeras ugut guru / pengawas / murid.
9. Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.
10. Melakukan buli ( pelancoan ), penderaan atau paksaan terhadap murid lain.
11. Mencuri, merompak, memecah masuk atau menceroboh kawasan larangan.
12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
13. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau
pita rakaman dan multimedia terlarang.
14. Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
15. Mencabul kehormatan guru / murid.
16. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.
17. Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan.
18. Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
19. Mengintai murid lelaki / perempuan.
20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.
21. Merosakkan harta benda sekolah / guru.
22. Membawa atau menggunakan bahan letupan.
23. Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan
lucah.
24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.
25. Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan multimedia.
26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu
pengajaran dan pembelajaran / peperiksaan atau ujian.
27. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan
dengan masyarakat Malaysia.
28. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran
pihak sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
29. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau
berskala (tidak berturut-turut) selama 60 hari / selama 1 tahun sesi
persekolahan.
30. Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar / Pengetua atau guru yang
menjalankan tugas.
31. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran.
32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan memamerkan bahan lucah.
33. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
34. Melakukan hubungan yang dicurigai.
35. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk kategori ini.

KESALAHAN SEDERHANA

1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali
2. Menyalahgunakan / menggunakan peralatan / sumber bekalan elektrik sekolah
tanpa kebenaran.
3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
4. Tidak amanah, menipu, meniru ketika ujian / peperiksaan.
5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
6. Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan.
7. Fesyen rambut keterlaluan seperti funk / skin head atau berwarna.
8. Menconteng pada harta benda sekolah.
9. Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindek telinga dan memakai
subang berlebihan daripada satu pada satu cuping telinga.
10. Kesalahan lain yang difikir termasuk dalam kategori ini.

KESALAHAN RINGAN

1. Menyimpan misai, janggut atau jambang.
2. Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu.
3. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan dilarang.
4. Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah
tanpa kebenaran.
5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.
6. Berada di kantin pada waktu persekolahan ( kecuali waktu rehat ) tanpa
kebenaran.
7. Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.
8. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran.
9. Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal / bengkel / bilik khas.
10. Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam.
11. Memasuki bilik khas tanpa kebenaran.
12. Makan atau minum di bilik darjah.
13. Melakukan pembaziran air dan elektrik.
14. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap.
15. Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak
membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain)
16. Datang lewat ke sekolah.
17. Lewat bergerak ke perhimpunan / bengkel / makmal.
18. Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain.
19. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.
20. Berjalan-jalan tanpa kebenaran.
21. Tidak membuat gerakerja yang ditugasakan.
22. Mengganggu kawasan.
23. Mengganggu guru.
24. Lewat masuk kelas.
25. Mengotorkan kelas.
26. Tidak duduk setempat.
27. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini

Saturday 3 September 2011

4 september bermulanya persekolahan selepas RAYA

Kepada semua warga SK Bukit Sawa, esok 4 September 2011 bermula persekolahan dan esok juga satu bacaan YASSIN akan diadakan di dataran depan makmal komputer.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2011

Badan disiplin dan pengawas mengucapkan selamat hari raya aidil fitri dan selamat hari kemerdekaan kepada semua warga SK Bukit Sawa.

Saturday 6 August 2011

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA

Badan Disiplin SK Bukit Sawa mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warga SKBS sempena bulan Ramadan Al Mubarak kepada semua guru, pengawas,murid, pekerja sekolah,pekerja kantin, jaga dan AJK PIBG serta ibu bapa yang dihormati.
Pada hari pertama berpuasa satu bacaan surah yasin telah diadakan sempena awal bulan. Semoga semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6 berpuasa penuh bulan Ramadan ini kecuali sebab tertentu. Isyaallah.

Monday 25 July 2011

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2011

Tahniah dan Selamat Menjawab soalan peperiksaan percubaan UPSR 2011. Semoga semua dapat menjawab soalan dengan tenang dan selamat. Peperiksaan ini penting untuk menjadi laluan ke sekolah berasrama penuh nanti. Semoga apa yang diajar dan diterangkan oleh guru dapat diaplikasikan dalam peperiksaan tersebut. SELAT MENJAWAB dan SEMOGA MENDAPAT 5A.

Thursday 7 July 2011

PRA PERKHEMAHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

Satu perkhemahan pra telah diadakan pada 23 hingga 24 Jun 2011. Seramai 89 orang murid TKRS telah menyertainya yang terdiri dari tahun 4,5 dan 6. Pengalaman memasak dan memasang khemah amat berharga. Begitu juga pengalaman tidur dalam khemah. Kem Komandan Cikgu Mohd Osmarani telah berjaya mengawal dan melaksanakan tugas diberi. Peserta khemah juga kekenyangan hasil usaha berlipat ganda guru-guru TKRS lain iaitu Cg Zainun, Cg Maizatun, Cg Susilawati , Cg Zakiah, dll. Terima kasih juga kepada pihak pejabat dan pentadbir kerana memberi peluang dan kerjasama dalam menjayakan program ini.TAHNIAH DIUCAPKAN...

Thursday 16 June 2011

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH MARANG

Tahniah kepada semua guru SK Bukit Sawa. Hasil Perngorbanan dan kerjasama semua guru sk bukit Sawa dapat membawa pulang kemenangan Guru Akademi Terbaik SR, Pengurusan Kantin Terbaik, bilik Bimbingan dan Kauseling Terbaik dan Surau Terbaik. Tahniah kepada Cg Norsiah atas kecemerlangan yang diterima bagi Guru Cemerlang Sekolah. TAHNIAH SEMUA GURU SKBS.

Sunday 15 May 2011

16 MEI 2011 - HARI GURU SK BUKIT SAWA

Selamat hari Guru kepada semua guru di SK Bukit Sawa, Marang dan semua guru di daerah Marang dan Negeri Terengganu seterusnya  guru Malaysia. SELAMAT HARI GURU.
Pengawas - pengawas mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas jasa dan sumbangan menjadikan murid SKBS murid hebat.
semoga guru kami meneruskan perjuangan mendidik kami mencapai kejayaan dan kegemilangan.

Saturday 14 May 2011

SAJAK HARI GURU

Abadi Dalam Harum Nama

Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu
bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mau dipeduli.

Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malarnnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.

Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama.

Ismala
1988


Bunga Sirih untuk Guru

Guru adalah Ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.

Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.

Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.

Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.

J.M. Aziz
Rumah Puisi
Seberang Takir
Kuala Terengganu


Dia Seorang Guru

Dia seorang guru tua sebuah sekolab
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganiaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah

yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.

Ismail Haji Adnan
1989


Guruku

Seperti lilin
sewaktu waktu akan cair
gugur lalu membeku
sepi pun datang menutup pandang
tinggallah waktu
mengakhiri seJarah panjangnya.

Seperti engkau
sewaktu waktu penyuluh hidupku
betapa dalam kegelapan maya
engkau perkenalkan daku dengannya
suria dan bintang cakerawala
sehingga seluruh jagatraya ini
tiba-tiba menjadi milikku.

Kehadiranmu adalah suatu fitrah
lepas itu, engkau kutinggalkan
kukira engkau kesepian kini
mengakhiri sisa-sisa hidupmu
tanpa belaian kasih
ratusan anak-anakmu
yang telah engkau berikan obor.

Dan pagi ini kudakap wajahmu dalam kenangan
seorang anak yang pernah engkau lukai
kini pencintamu paling setia
sehingga ke akhir hayat.

Zam Ismail
Seremban
1985


Jasamu Dikenang

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut had
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan karra kenang sepanjang zaman.

Ahmad Sarju
Klang
1988


Pelita Sebuah

Dengan sinar cahaya
di malam gelita
kelip-kelip warnanya
menerangi kamar alam
sekian lama malam
merantai kegelapan
akhlrnya kukenal siang
berwajah suram
alangkah indahnya cluma
kuhhat di dalam terang.

Pelita sebuah
membawa cahaya ilmu
hutan menjadi terang
gua malam
bercahaya api
lautan menjadi tenang
gelombang clan karang
dapat direnang
kujelajahl malam
tanpa bimbang.

Ami Masra
UPM Serdang
1988


Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

Sunday 8 May 2011

Kejohanan Bola Baling MSS Terengganu 2011















Pasukan Bola Baling L12 yang dilatih oleh Cikgu Osmarani dan diurus oleh Cikgu Ahmad Sabri manakal  P12 dilatih oleh Cikgu Razini dan diurus oleh Cikgu Remzan. Pemain lelaki seramai 10 orang iaitu Azfei. Daau, Asraf, Din ,Akram, Saiful, Nuri, Nabil,  Ikhwan dan Asraf. Manakala P12 diketuai Layla,Syafika,Hajar, Ainaa, Haifa,
Pasukan L12 berjaya ke peringkat separuh akhir  dengan laluan kalah kepada Setiu 2-3 dan menang ke atas Kemaman 4-2 dan KTS 5-0.  Separuh akhir menentang Dungun dan kalah 5-7. Manakala P12 terpaksa akur dengan kehebatan lawan apabila kalah semua perlawanan dengan Setiu,Hulu dan Kemaman.
Tahniah kepada semua pemain semoga tahun depan pasukan Daerah Marang menjuarai semua kategori.
Dua orang pemain L12 daerah Marang terpilih mewakili Terengganu iaitu Azfie dan Daau.

Friday 29 April 2011

PERHATIAN SEMUA PENGAWAS SEKOLAH


SEMUA PENGAWAS SEKOLAH...
Pada 2 MEI  2011 hari ISNIN akan diadakan bacaan YASSIN bersama guru dan murid.
Sila pastikan murid kelas JAGAAN pengawas dikelola dengan baik.
Semua murid diminta berkumpul di DATARAN DEPAN MAKMAL KOMPUTER
pada awal JAM 7.30 pagi
Semua pengawas pastikan semua murid bergerak  ke dataran sebelum jam 7.30 pagi.
Kepada PEMBACA DOA dan BACAAN SURAH .. tiada bacaan DOA pagi itu.
 Ini kerana doa akan dibaca oleh Ustaz selepas bacaan Yassin.
Ketua Murid sila ambil perhatian....
Terima kasih kepada semua pengawas atas tugasan yang diberikan.
SELAMAT MENJALANKAN TUGAS..

Sunday 24 April 2011

Perhimpunan Ahad 24 April 2011

Satu lagi perhimpunan pagi Ahad telah berjaya dikendalikan oleh Badan Pengawas. TAHNIAH SEMUA PENGAWAS. Majlis dimulai dengan ucapan pengerusi majlis dan bacaan ayat al-quran. Nyanyian lagu negaraku,lagu Selamat Sultan dan Lagu sekolah. Bacaan Rukun Negara diketuai oleh Ketua Murid Mohamad Aliff Fahmi. Laporan dari ketua guru bertugas minggu lepas Cg Radillah dan ucapan oleh ketua guru bertugas minggu ini Ustaz Razali Omar. Pesanan dari Cg Adlan Mustakim tentang peranan murid  terhadap guru. Kemudian pengumuman dari Cg Mazuki tentang petang ini satu perlawanan bola tampar peringkat daerah di SK Rusila. SEMOGA BERJAYA MENJADI JOHAN DAERAH.Pesanan dari guru disiplin Cg Osmarani tentang RAMBUT. minggu ini akan diadakan satu sportchek RAMBUT bagi murid lelaki. Kemudian penyampaian hadiah  Story Stelling dan pertandingan di SK Padang Mengkuang. Sk Bukit Sawa Johan Zon dan Naib Johan Zon bagi 2 acara.TAHNIAH. diteruskan dengan ucapan PK Pentadbiran Hajah Nor Afzan. Diakhiri dengan bacaan doa. dan majlis bersurai. Semoga minggu depan Pengawas bertugas dengan lebih dedikasi. TERIMA KASIH SEMUA..............

Thursday 21 April 2011

LAWAK DI PAGI HARI

Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man: Wow! Bapa kau keja apa?
Ali: Tukang gunting rambut.

Bahasa Inggeris

Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila giliran adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

Sudu

Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

Mayat

Cikgu: Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

Tiru

Cikgu: Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa: Apa bukti awak?
Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".

Makan

cA: dari pagi tadi aku makan tak kenyang2 je?
cB: kau makan ape?
cA: makan angin...............................

Monday 18 April 2011

PERHIMPUNAN PAGI AHAD 17 APRIL 2011

TAHNIAH KEPADA SEMUA PENGAWAS SEKOLAH
Satu perhimpunan pagi Ahad telah dilaksanakan di dataran depan Makmal Komputer buat pertama kalinya. Ucapan Pengerusi iaitu Nor Aisyah dan nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Sekolah. Bacaan Rukun Negara oleh Aliff. . Laporan Guru bertugas minggu lepas iaitu Ustaz Nik Mohd Fauzi dan ucapan guru minggu ini ?. Penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Bola Tampar Rumah dimenangi Rumah hijau bagi lelaki dan perempuan.Kemudian penyampaian hadiah pasukan bola baling sekolah mendapat naib johan peringkat daerah Marang. Ucapan Cikgu Amir berkenaan perlantikkan Pengawas Kantin dan ucapan Zulkifli Muda berkenaan jualan buku tulis. Ucapan Guru Besar dan diikuti penyampaian anak angkat kepada semua guru.
Majlis bersurai dengan bacaan doa oleh Fatin dan semua pengawas mengawasi perjalanan murid balik ke kelas. Terima kasih kepada semua pengawas..

Wednesday 13 April 2011

Pasukan Bola Baling SK Bukit Sawa Naib Juara Daerah Marang 2011

 Tahniah kepada pemain bola baling SK Bukit Sawa. Pada 11 April  2011 pasukan bola baling mengalahkan SK Seberang Marang 2-1 dan seri 0-0 dengan SK Gong Balai tetapi pasukan SKBS menjadi naib johan kumpulan B. Tengahari keesokan khabar gembira dari penganjur pasukan SKBS dipilih menjadi pasukan ke8 untuk suku akhir. 13 April 2011 pasukan bola baling mengalahkan SK Bukit Gasing 2-0 dan mara ke separuh akhir menentang SK Kubu. Pasukan SKBS berjaya mara ke akhir dengan mengalahkan SK Kubu 1-0. Perlawanan akhir menentang SK Paya Resak dan berjaya berjuang dalam perlawanan dan mendapat 2-2. Lontaran panalti dibuat dengan dimulai Ikhwan (berjaya ditempis), Aliff (berjaya ditepis) dan Faizzuddin berjaya menjaring gol. Kesudahan 1-1. Akhirnya balingan duit syiling berpihak kepada SK Paya Resak membuat pilihan menjaga gol. Balingan oleh Syafiq berjaya ditempis. Akhirnya SK Bukit Sawa Naib Juara daerah Marang bagi tahun 2011.
Barisan pemain dan jurulatih : Berdiri dari kiri Idham,Ammar,Aliff,Ikhwan,Afiq,Najmi
duduk dari kiri Cg Mazuki, Faizzuddin, Amirul,Amir,Adri (anak YB Yahya Khatib Mohamad),Cg Osmarani
Nabil .

TAHNIAH ATAS USAHA GIGIH PEMAIN
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung.




Thursday 7 April 2011

Majlis Bacaan Yassin Diketuai Ustaz Abu Hassan

 Tahniah kepada semua pengawas sekolah mengawal dan mengendali perhimpunan bacaan Yassin pada pukul 7.40 pagi.
 Satu Majlis Bacaan Yassin telah di Dataran Kejab depan Makmal Komputer yang telah diketuai oleh Ustaz Abu Hassan Suhaimi. Semua guru dan murid terlibat dalam bacaan Yassin.

Monday 4 April 2011

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 2011

Ceramah daripada tuan guru besar En Ishak bin Saleh. Mengikut kata beliau, ini adalah ceramah kali pertama dan terakhir beliau sepanjang menjadi guru besar yang bertajuk "Tanggungjawab dan Kepimpinan".  SELAMAT BERSARA TUAN GURU BESAR.
Cg Osmarani yang bertungkus lumus memadan api dengan senyuman  dalam acara memadam api kebakaran.

Sunday 3 April 2011

PERHIMPUNAN PAGI AHAD

Perhimpunan pagi Ahad berjalan lancar dengan pengurusan oleh pengawas sekolah. Tepat jam 7.45 pagi pengerusi majlis memulakan acara dengan bacaan ayat al-quran , nyanyian lagu negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah. laporan oleh Cg Mohd Rasid Muda dan Kumpulan bertugas minggu ini diketuai oleh Cg Amir bin Hassan dari kumpulan 5.Ucapan pertama dari Guru Besar baru Tn Haji Sohairi bin Mohd Rais.
Masih ada murid tidak mematuhi peraturan sekolah dan diberi amaran.

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 2011 PADA 10-12 FEB 2011 DI AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, WAKAF TAPAI.


Cikgu berbaju hijau yang sedang khusyuk menghubungi rakan memberitahu bestnya berada di Akademi Bomba. Bestnya buah dalam bakul tu.

Tuesday 29 March 2011